Jumaat, 5 November 2010

~Banjir oh Banjir~

urm.. rsa truk btol banjir nie.. bila bca paper sian tgok mangsa2 banjir.. rumah musnah, harta benda.. ada yang hilang nyawa.. urm...

banjir jugk myebabkan exam aku yg spatutnya habis awal ditunda selepas raya.. aduhai... mesti nanti praktikal pon kna pospone.. ni suma gara2 banjir dekat UUM di sintok kedah.. studentd sna x leh nk amik peksa mybbkan ktowg pon yg kt cni tlibat sma.. hurmmm.. sbar je la.. mungkin dugaan..
tp bila pikir2 balik.. sonok jugak..hihihi.. bukan per.. maknanya nk masa study utk exam bertambah lorh..
boleh cover byk lg.. hurm.. CAYOK DIELA!!!!!! (^_^)Y

Selasa, 2 November 2010

TERASA MASA BEGITU CEPAT... PLEASE WAIT ME!!!!

Dalam hening suara hati berbisik lagi... aduh.. knapa saat yang manis terlalu cepat belalu... saban waktu seakan menguji setiap langkah.. debaran hati semakin gasak memalu gendangnya.. bisu... kebisuang seakan lebih selesa dipersada waktu.. bungkam... diam seribu bahasa.. duhai bahagia... bilakah bakal hari itu bisa menjelma???? sabar duhai hati... bisik rindu terlalu-lalu pada dia yang bernama kekasih...

hari2 hadap laptop..bukan buat ape pun.. membazir waktu menghadap movie dan lawati laman sosial.. main game.. dan kerja part time is TIDO!!! wake up dear.. when u must change ur life?? huhuhuhu... keluh hati semakin resah.. bukan x risau dan tak cemburu tengok yang lain asik menghadap buku.. tapi encik mood tak jugak datang2.. puas dah aku tunggu nie.. SUBAHANALLAH... exam start first at 12/11/2010..and now is 2/11/2010... so when you want to start study wahai cik DIELA??!! oh mak..ayah... maafkan angah... x tau kenaper??? why me??WHY??? so bad.. urfffffff....blur~~~ warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... (~_~) ---(T~T)

terlalu resah memikirkan hari2 praktikal yg bakal menjengah hari ku kelak..aduhai... knape begitu jauh dengan si dia??? abang.... bila kita nak disatukan..?? memori sering memutar-mutar kenagan aku bersamamu.. guraumu.. senyummu.. tawamu.. hari kau temani daku.. saat2 indah kita berdua... abang.... hati ini terlalu rindu... x sanggup rasa untuk berjauhan denganmu... MR. I _ _ _ _ L....

Ahad, 17 Oktober 2010

Hanya Tuhan Lebih Mengerti Bicara Setiap Hati..

Percintaan memerlukan kejujuran..ketelusan...dan keikhlasan.. terkadang didalamnya wujud satu perasaan yang terlalu pahit dan perit untuk ditelan...namun aku percaya pada qada dan qadarnya.. segalanya kuanggap sebagai satu ujian tuhan untuk hambanya yang terpilih dan disayangi...juga ujian pada perasaan dan hubungan ini.. aku pasrah pada segalanya..Dia lebih mengerti dan mengetahui apa yang tersirat di lipatan takdir... ya Allah..kau kuatkan hatiku untuk menerima segala ujian darimu.. tabahkan hatiku dan kuatkan imanku untuk ku tempuhi segalanya.. segala ketentuan hidup dan matiku kuserahkan kepadaMu.. pemilik segala yang dilangit dan dibumi.. aku percaya Kau lebih mengerti segala yang terjadi pada diri ini..
untuk kekasih tersayang.., kau punyai hak untuk memilih yang terbaik buat dirimu.. sungguh dihatimu punya sesiapa pun yang kau sayangi.. aku tak bisa mengaturkan segalnya untukmu.. sayang.., sungguh kau menyayangi yang lain selain aku, aku pasrah.. aku sebagai seorang yang menyayagimu setiasa mengharapkan kebahagian dan kegembiraan buat dirimu.. walau hatiku terlalu kuat menyayagimu dan hatiku kuat menyatakan aku tak mungkin bisa melupakanmu dan tak boleh berhenti dari terus menyayangimu.. aku juga mungkin x bisa hidup tanpa dirimu.. tapi aku x bisa memaksa untuk kau juga menyayangiku seperti aku menyayangimu.. aku juga tak pernah ingin memaksa untuk kau mencintaiku.. dan menerimaku..
apa yang aku terlalu perlu.. kejujuranmu..,keikhlasanmu dan ketulusanmu menerimaku.. usahaku sudah terlalu banyak untuk aku kuatkan hubungan kita.. aku tak pernah ingin menyesali semua itu kerana hatiku ikhlas mencintaimu.. aku juga tidak pernah mahu mengharapkan apa-apa balasan darimu.. hatimu adalah hakmu.. aku hanya mampu berdoa agar dirimu sentiasa bahagia.. 
mungkin benar.. apa yang kita impikan tak selalunya kita dapat.. aku punya banyak impian yang telah kulakarkan dalam bingkai impian aku denganmu..terlalu banyak harapan yang aku pautkan untuk hidup bersamamu.. terlalu banyak kenangan yang menjadi memori dalam hati cintaku bersamamu... siapa pun mahu angan yang diciptakan menjadi kenyataan.. tapi siapa yang mampu melawan takdir..? banyak doaku telah kupanjatkan untuk aku disatukan denganmu.. dalam doaku sentiasa ingin kamu menerimaku dalam hatimu..  dalam doaku terlalu banyak segala kebaikan untuk dirimu.. namun.., jika takdir menginginkan sebaliknya.. apakan dayaku? kita hanya mampu merancang dan yang menentukan hanya Dia yang lebih berhak.. semoga kau sentiasa dibawah lembayung kasih sayangNya.. dipelihara didunia dan diakhirat.. jika aku benar dari tulang rusukmu, aku terlalu gembira menerimamu sebagai pembimbingku.. dan takdir mungkin menulis kau adalah jodohku.. dan jika sebaliknya yang berlaku.. segalanya kuserahkan kepada yang Esa..krana dia yang lebih mengetahui segalanya.. mungkin hikmah yang tersirat disebalik semua yang terjadi terlalu  indah untuk digambarkan.. apapun yang berlaku..aku tetap akan menunggumu..kekasih yang aku terlalu sayangi..., semoga kita tercipta untuk bersama..amien ya rabbal alamien... namun.. seandainya jika aku bukan untukmu.., aku lebih rela nyawaku diambil dahulu.. biar aku menemui jodohku di alam yang kekal abadi... kerana aku mungkin tak bisa memberi kasih ini pada yang lain selainmu.. menyayagi yang lain seperti aku menyayagi kamu di alam yang fana ini..  ~titip kasih dari titis air mata hati untuk yang tersayang....~ AKU TERLALU SAYANG KAMU..., TAK BISA HIDUP TANPA DIRIMU...TAPI AKU TIDAK MAHU MEMAKSAMU UNTUK MENERIMAKU...MAAFKAN AKU, SAYANGKU...KERANA MENGHERETMU DALAM CINTAKU...~~<@

Sabtu, 16 Oktober 2010

Sabarlah Sayang..

hatinya terlalu halus dan rapuh.. dia terlalu cepat terluka dan tersentuh.. aku hanya mampu memberi kata-kata semangat dan mengucapkan "sabarlah sayang.." dalam hati ini hanya tuhan yang tahu..batapa aku tidak sabar untuk menjaga dan membelai hatinya.. sabarlah untuk sedikait masa lagi sayang.. akan aku cuba membahagiakan mu nanti bila kita sudah sebumbung dan sah bersama.. tak perlu lagi kau harapkan perhatian mereka.. tak perlu lagi kau terasa dengan mereka.. biarlah aku yang memanjakanmu.. apa yang kau perlu katakan saja akan aku perbuat segalanya untukmu. aku ingin kau tahu bahawa aku terlalu mencintaimu.. tak sanggup aku mendengar kau meluahkan duka dihati..terlalu ingin aku membelai hatimu supaya kau gembira setiap masa.. untuk melihat senyum yang kau ukir dibibirmu agar aku jua turut merasa bahagia.. agar aku dapat menghidu harum bunga yang mekar dihatimu dibawa angin kabar yang gembira.. sabarlah sayang.. nanti aku hadir untukmu setiap waktu kau perlu.. aku sayang kamu.. abang.... doaku tidak putus agar kita segera dapat disatukan dalam ikatan yang lebih kukuh dan murni.. bahagia sentiasa dibawah lembayung nikmat kasih dan sayangNya..amin ya rabbal alamien.. insyaallah..

Sabtu, 9 Oktober 2010

Terluka vs Dilukai

TERKADANG..... terlalu sukar untuk kita faham sesuatu situasi.. stiap orang ada penilaian mereka sendiri.. kadangkala sesuatu perkara akan buat kita terlalu pentingkan diri sendiri walaupun hakikatnya kita buka jenis suka bersikap begitu.. mungkin pengalaman dah byak mgajar kita erti MENGHARGAI DIRI SENDIRI!! nak buat mcm mana?? orang selalu nk kita faham mereka sedangkan mereka sedikitpon tidak mahu memahami kita.. orang selalu nak kita jaga hati mereka tapi hati kita dipijak-pijak dan disiat-siat... setiap orang ada masalah sendiri dan tidak semua yang nak tahu masalah seseorang itu dek ego yang sentiasa membelegu diri.. kata hati.., AKU BETUL DAN DIA DIPIHAK SEBALIKNYA.. ada kalanya masalah yang kita hadapi itu perlu dirahsiakan kerana ada maruah perlu dijaga disitu.. walaupun hal yang kecil, mulut yang akan menghebahkan masalah kita itu kepada orang lain akan menjadi pekung yang amat busuk pada diri kita.. orang akan kenal kita kerana cerita buruk tentang diri kita dan bukan apa yg baik kita lakukan.. ia bagai satu noktah kecil bewarna hitam diatas selembar kertas bewarna putih. titik hitam tersebut tetap menjadi perhatian walaupun kawasan putih bersih lebih luas dimata orang yang melihat..namun itulah hakikat dunia yang dinamakan HIDUP MANUSIA.. kita memang tidak boleh mengagap semua orang sama dengan kita.. kita sempurna tak?? apa yang dimaksudkan sempurna tu??? hrmmm.... sila cari jawapan dalam diri sendiri.. kita kadangkala suka tunding jari pda yg lain sdangkan puncanya adalah dari kita sendiri..  aku dah puas dikhianati.. nak balas balik???? kalau ikut hati yang kejam memang dah lama.. tapi kita tetap nak jaga hati yang lain... soalnya disini..., SIKIT-SIKIT NAK JAGA HATI!!!!.................B.O.S.A.N...!! aku terbaca pulak some word dari sape ntah..dah x ingat.."kemaafan akan buat kita lebih MULIA".... aku bukan nak kata diri aku baik sebab aku masih byak lagi sesuatu dalam diri ini yang perlu diperbaiki... senang kata di "clorokkan" lorh..huhuhu.. kadangkala yang berlaku pada diri terlalu perit dan buat kita jadi serik.. tapi bila kadangkala kita lupa apa yang orng buat pada kita kita akan kembali jadi normal... memang payah kan perasaan nie...?? hrm... HATI YANG TERLUKA MEMANG SUKAR UNTUK DIUBATI KERANA KESANNYA KITA AKAN RASA SAMPAI MATI.. tapi hati dan fikiran waras serta rasional berfikir kembali.. "sedangkan nabi ampunkan umat"... macammana kita nak lupakan kepahitan itu.. walau kita kata kita dah maafkan orang itu tapi hati kita masih terguris... macammana perasaan nie????? BETOL-BETOL TAK FAHAM!!!......... so, kesimpulan yang aku nak buat kat sini.... kita akan buat orang terluka bila kita dah pernah rasa dilukai... ADILKAH ITU???...adoiyaiiiiii..FENING....FENINGGGG.......(>.<) .... SABAR JE LAH.....DUGAAN..... WALLAHUALAM..... (kerana hati ini...telah dilukai..)

AKU JADI BENCI PADA DIRI INI

hati dan perasaan terlalu payah untuk digambarkan.. kerana secalit kesilapan itu bisa mengharukan.. kebuntuan yang tidak terlafaz dalam perasaan..mengundang hiba dan duka.. aku kian lemas dalam mainan sebuah perasaan.. aku yakini ini ujian untuk setiap perasaan dalam sebuah perhubungan yang bernama percintaan.. tatkala hati galak melukis gerbang taman yang indah menghijau berhias bunga aneka warna, kilat dugaan menyambar pohonan yang rimbun menghijau. dan tatkala itu deraian hujan air mata menumpahkan isinya.. aku jadi benci pada diri sendiri.. dugaan yang datang kurasakan terlalu sering membuat terjahan pada diri ini.. mengapa ini sering menghambat hubungan kami.. dalam senyum hatiku hiba..dalam duka hatiku merana.. maafkan diri ini duhai insan bernama kekasih..apakan daya diri ini terlalu pantas melakukan kesilapan sehingga membuat dirimu kecewa.. aku juga tidak menduga sepantas itu hatimu terluka.. hanya kemaafan yang mampu kupinta untuk kesekian kalinya.. dakapan doaku dalam kepasrahan.. semoga sinaran mega kembali menceriakan laluan perjalanan dalam hubungan kita berduai.. desis hati seakan merangkak merayu agar kemaafan darimu menjadi penawar pada  jiwa suram ini.. aku terlalu perlu dirimu untuk sepanjang hayatku..sayangku..... maafkan aku... (,~_~,)

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers