Isnin, 31 Januari 2011

Sebak Hati Ini...

tatkala aku ingin mimpikan impian jadi kenyataan hatiku disayat lagi.. kenapa??? duga yg menduga benar2 nenuntun hatiku.. merobek rasaku..meluluh nuraniku.. aku lontarkan pandangan jauh ke hujung lautan.. suara ombak seakan mengejek deritaku.. bibirku tetap aku ukirkan sekuntum senyuman.. senyum plastik mungkin bisa dinobatkan.. rasa pahit.. aku gagah juga untuk telan semua duri perasaan yg menghambat jiwa tenangku.. bertahta rasa kusam dalam jiwa.. berokestra rentak pilu dan hiba di pentas hati.. Ya Allah.. apa yang mahu kau tunjuk padaku.. kenapa hari demi hari perasaan aku yg dulu semakin membunga dengan kasih, kini makin tawar disiram air mata hiba..?? mungkinkah ini jalan yg aku mahu lalui?? kalau dulu aku begitu tegar dengan hasratku.. begitu kuat dengan aganku..begitu rela anganku hanyut dibuai arus perasaan yg seakan diawang-awangan.. tapi kini.. kenapa hatiku terlalu gairah menalukan soalan yang aku sendiri tidak bisa menjawabnya?? soalan yang tiada berkesudahan.. soalan yang semakin sulit..makin terbelit.. makin melilit..arghhhh.. kotak mindaku rasa wayar yang berselirat!! aku benar-benar serabut!! jiwa kacau.. gelodak hati seakan mahu menjerit.. kenapa aku semakin merasakan diri terikat dengan tali yang dikawal oleh mereka yang kejam??? bonekakah aku?? hati dipalu rasa sepi..aku tak mahu sendiri..! aku tak mahu sendiri..! jeritan hiba dalam nafas yang sesak! hati ini sebak lagi... aku cuba sandarkan harapan.. harapan selembut impian yang menghuni hidup insan.. kiranya kehidupanku.. tidak sedemikian,.. onar hatiku oleh kenyataan.. jalan yang harus ku tempuh.. penuh onak dan berliku.. tak terdaya ku tahan rasa dikalbu.. namun tetap kugagahi.. hati yang rapuh ini demi hasrat yang suci.. aku perlu kutip semangatku!! aku gagahi kentalkan jiwaku..lalu tegar ku tentukan.. arah serta tujuanku.. berlandaskan keimanan.. Ya Allah.., bantu lah aku dalam meniti titian hidup dengan hati yang tabah.. sesungguhnya cintaMu lebih agung dari segala cinta... titis airmata yang berjurai dipipi aku kesat dengan azam baru.. aku mahu jadi aku!! seketika.. ku tunduk.. mataku meyapa pasir putih pantai.. membiarkan angin dengan tiupannya.. dalam nafas kutarik.. pandangan kulempar ke tengah laut.. Aku mahukan sebuah pulau hati yang penuh kedamaian....! (T~T)

Selasa, 25 Januari 2011

INGIN KU KONGSI BERSAMA~dipetik dari laman seorang teman~


coretan dari sebuah hati... 

~tangisan dan airmata~

Wahai sahabatku ,ini adalah bingkisan utk tatapan dan utk pedoman seharian kita dimuka bumi ini.....

jenis-Jenis Air mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan
di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.

4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Isra! il datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di p erintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1 ."Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2 .Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4 . dosa-dosa ya! ng silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."
~sampaikanlah walau satu ayat" al hadis~



Ahad, 16 Januari 2011

ANNLUCKY: Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa ...

ANNLUCKY: Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa ...: "Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cinta..."

suka dengan catatan ini.. =)

Rabu, 5 Januari 2011

APA ITU CINTA?

~dalam bercinta, aku mulai tahu apa yang dinamakan cinta itu buta.. dalam berkasih aku mulai tahu apa itu sakit berkasih.. dalam berperasaan, aku mulai tahu apa itu erti persefahaman dan dalam berjauhan aku mulai tahu apa erti itu sebuah pengorbanan... kadangkala percintaan membuat kita jadi terlalu bodoh dalam membuat penilaian.. aku cuba tanamkan benih kepercayaan agar rimbun kebahagiaan subur menghiasi perhubungan yg terjalin.. doa x putus kupanjatkan, memaut harapan agar kenyataan seindah mimpi..~

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers