1.0
PENGENALAN
Dunia keusahawanan dalam dunia yang
semakin mencabar kini amat penting. Namun kini kita dapat melihat, tidak ramai
usahawan yang mengusahakan produk-produk untuk kegunaan orang Islam khususnya.
Oleh yang demikian penglibatan usahawan muslim amatlah digalakkan supaya
kebajikan dalam pengunaan produk halal bagi Umat Islam terpelihara kini. Keusahawanan
merupakan satu aktiviti yang mulia dan dianggap sebagai jihad fisabilillah. Jihad
fisabilillah adalah satu konsep yang luas. Ianya merangkumi semua aktiviti yang
dilakukan secara bersungguh-sungguh demi menegakkan ajaran Islam dan
meninggikan syiar Islam. Seorang usahawan yang bersungguh-sungguh dalam
usahanya untuk menjalankan perniagaan yang halal dan mengikut segala peraturan
muamalah dengan tujuan membangukan
ekonomi umat Islam adalah satu jihad dijalan Allah. Bidang keusahawanan menjadi sumber rezeki kepada
orang lain menerusi penyediaan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Menerusi
peluang pekerjaan, golongan miskin dapat bekerja dan memperolehi pendapatan.
Islam menuntut umatnya bekerja dan berusaha agar tidak dibelengu oleh
kemiskinan. Hal ini secara lansung dapat mengelak daripada punca-punca yang
dapat menyebabkan pelbagai masalah sosial, maksiat, jenanyah dan sebagainya
perbuatan yang mungkar. Kerja mencari rezeki yang halal yang disertai dengan
niat yang ikhlas adalah satu ibadah dan amal soleh. Amal soleh adalah amalan
yang baik dan dapat merapatkan perhubungan antara manusia dengan Allah (hablul
minallah) dan antara manusia dengan manusia yang lainnya (hablul minannas).
Menerusi bidang keusahawanan, usahawan dapat memperbanyakkan amal solehnya.[1]
Melalui fahaman konsep keusahawanan seperti ini, terbinalah jati diri usahawan
muslim yang sebenar.
2.0
DEFINISI
Definisi memainkan peranan penting dalam menghuraikan
dan menjelaskan perkara mengenai jati diri usahawan muslim ini. Ianya dapat
difahami melalui rungkaian makna usahawan dan apakah erti jati diri usahawan
muslim itu sebenarnya.
2.1
DEFINISI
USAHAWAN
Perkataan
usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur
berasal daripada bahasa Peranchis entreprendre yang bermaksud memikul tugas
atau mencuba[2]. Jika
dinilai daripada keseluruhan maksud dalam pelbagai kamus termasuk Kamus Dewan,
usahawan adalah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Perusahaan
dikaitkan dengan saiz kegiatan perniagaan yang besar kecuali perusahaan kecil.
Secara umumnya, usahawan juga boleh ditakrifkan sebagai seorang yang
mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh
keuntungan di samping menjalankan amalan-amalan yang strategik untuk terus
berjaya[3]. Takrif
usahawan atau pengusaha dari segi
ekonomi pula bermaksud individu yang betanggungjawab untuk menggabungkan
factor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pegusaha berperanan sebagai pemimpin,
perancang, penyelaras dan pengawal aktiviti firma. Pengusaha perlu menaggung
risiko yang sederhana dan pulangan kepada daya usaha dan kesediaan menganbil
risiko ialah keuntungan[4]
2.2
DEFINISI
JATI DIRI
Maksud jati diri ini adalah bergantung
kepada fahaman orang yang menyebutnya. Bagi orang yang menurut akal. jati diri
ini ialah keteguhan, ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental. Jati diri juga
ialah fizikal dan mental yang tahan dan lasak. Kedua-dua kekuatan ini dikatakan
perlu untuk mencapai segala cita-cita dalam hidup yang mencakupi berbagai
bidang[5].
Jati diri bagi orang agama atau orang rohani lain pula maksudnya. Jati itu
pada bahasa membawa maksud murni. Dalam konteks ini, ia juga membawa maksud
keteguhan seperti kayu jati yang kuat dan teguh hingga boleh diukir tanpa ia
patah. Kayunya pun tahan lama, tidak lapuk dan tidak dimakan anai-anai atau
bubuk. Perabot yang diperbuat dari kayu jati tahan dan boleh digunakan turun
temurun. Diri itu bukan pula fizikal atau mental (akal) manusia sahaja. la
adalah hakikat diri manusia itu sendiri iaitu hatinya atau jiwanya atau rohnya.
Yang dikatakan diri manusia itu ialah hatinya. Oleh itu, bagi orang agama, jati
diri itu bermaksud keteguhan atau ketahanan hati atau keteguhan jiwa. Inilah maksud
jati diri yang sebenarnya.[6]
Oleh itu, jati diri yang sebenarnya seperti yang difahami oleh orang agama
bukan sahaja setakat kekuatan fizikal dan mental. la termasuk juga keteguhan
hati, roh atau jiwa. Jati diri bagi orang agama bertujuan untuk meneguh dan
menguatkan jiwa supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang
melalai dan merosakkan. la bertujuan untuk mencapai kemurnian hati demi untuk
menempah kejayaan dan keselamatan di dunia dan di Akhirat.[7]
Orang yang mempunyai jati diri ialah orang yang kuat rasa bertuhan dan kuat
berpegang kepada agama. Dia tegas dan berprinsip. Sentiasa di atas jalan yang
benar dan lurus. Dia tidak mudah terpengaruh dengan keadaan dan suasana yang
rosak.
Jati diri yang sebenar adalah ketahanan
hati bukan kekuatan fizikal ataupun kekuatan mental semata-mata. Jati diri
adalah kekuatan jiwa dan keteguhan hati. la adalah ukuran kekuatan seseorang
manusia. Tanpa jati diri bererti tidak ada ketahanan jiwa. Jiwa jadi rapuh,
reput dan lemah. Jiwa akan diserang dan dihinggapi oleh berbagai-bagai
penyakit. Sifat-sifat dan pengaruh yang negatif mudah masuk ke dalam hati dan
merosakkannya. Jiwa tidak ada pertahanan dan terdedah kepada bahaya.[8]
2.3
DEFINISI
JATI DIRI USAHAWAN MUSLIM
Jati
diri usahawan muslim boleh disimpulkan sebagai sifat-sifat yang dimiliki oleh
seorang usahawan yang beragama Islam, menjalankan aktiviti perniagaan mengikut
garis panduan yang telah titetapkan dalam hukum-hakam agama Islam. Usahawan
muslim menjalankan tanggungjawab disamping amalan-amalan didalam aktiviti
perniagaan dengan berpegang teguh kepada perinsip dan amalan yang sepatutnya
diamalkan dalam urus niaga mengikut kaedah dan prinsip amalan perniagaan Islam.
Dalam setiap apa yang dikerjakan menitikberatkan “hablul minallah” dan “hablul
minannas” serta keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.
3.0
KESEDARAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
SEORANG MUSLIM
Seorang muslim perlulah menjaga jati
dirinya sebagai seorang muslim dan islam yang sebenar mengikut garis panduan
yang telah digariskan dan ditetapkan oleh agama Islam supaya dapat membina dan
menjamin kemajuan bangsa dan agama Islam itu sendiri. Islam menganjurkan
umatnya agar berakhlak dan berbudi perkerti mulia dalam setiap perbuatan
mahupun tuturkata. Kerana kemuliaan dan kehormatan seseorang itu akan dinilai
melalui ketinggian keperibadian akhlak. Sejarah telah membuktikan bahawa umat
yang maju adalah umat yang memiliki keperibadian akhlak yang tinggi sebaliknya
umat yang tidak berakhlak akan menyebabkan ia menjadi lemah dan membawa
kehancuran.[9]
Dewasa ini, kita sering mendengar tentang
masalah yang menimpa umat Islam. Di mana umat Islam sama ada di negara ini
mahupun di seluruh dunia sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang cukup
membimbangkan. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung dan diatasi sudah pasti
akan membawa umat Islam kelembah kehinaan dan kemurkaan Allah s.w.t. [10] Di dalam perniagaan contohnya, urusan
perbankan, urusniaga, jual beli dan sebagainya, penglibatan perkara yang
berunsur riba’ dijalankan secara berleluasa sehingga timbul kekeliruan dalam
menentukan perkara-perkara tersebut dimana halal haramnya. Segalanya dijalankan
secara gharar atau tidak jelas.
Terdapat segelintir umat Islam yang telah
hilang keperibadian sebagai seorang mukmin sejati, mereka seolah-olah hidup
kembali seperti di zaman jahiliah. Dan yang lebih parah lagi terdapat umat
Islam yang memisahkan dan mengasingkan urusan dunia dengan urusan hidup
seharian bahkan beranggapan bahawa agama tidak memberi apa-apa sumbangan dalam
pembangunan bangsa dan negara. Mereka menanam kepercayaan bahawa hanya
ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu sains dan lain-lain yang terpisah dengan agama
sahaja yang dapat membawa manusia kepada kemajuan dan ketamadunan. Ini semua
merupakan petanda ke arah memisahkan agama daripada kehidupan manusia yang akan
meyebabkan manusia hidup dalam budaya yang rosak dan jauh dari rahmat Allah
s.w.t.[11] seperti yang pernah berlaku pada zaman
jahiliyah pengaruh yang dibawa daripada zaman renainse yang diketengahkan oleh
masyarakat barat.
Memisahkan agama daripada hal-hal
keduniaan akan memberi kesan yang cukup besar kepada pembangunan dan
pembentukan akhlak manusia. Terdapat segelintir masyarakat hari ini beranggapan
bahawa akhlak merupakan hal individu yang tidak ada hubung kait dengan kuasa
pemerintah serta mereka tidak mahu pihak berkuasa campurtangan dalam menentukan
hal-hal mereka dan mereka merasa perlu diberi kebebasan untuk melakukan apa
yang diinginkan tanpa perlu ada sekatan daripada agama mahupun pemerintah
dengan alasan bertentangan dengan hak asasi manusia dan menggugat hak kebebasan
individu.
Maka, fahaman seumpama ini sangat-sangat
bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad
s.a.w., kerana Islam merupakan suatu agama yang sempurna lagi lengkap mengatur
seluruh kehidupan manusia meliputi pelbagai bidang seperti ibadah, mu’amalat,
munakahat, jenayah dan sebagainya.
Kerana itu, kita sebagai orang yang
mengakui beriman kepada Allah s.w.t. hendaklah menjadi umat yang kuat dan tidak
akan mudah diseleweng atau terpesong dengan fahaman tersebut atau bertindak
mengikut kemahuan hawa nafsu semata-mata.
Disebabkan kita yakin bahawa dalam Islam kebebasan
manusia bukanlah membawa maksud manusia itu bebas melakukan apa saja sesuka
hati mereka, kerana Allah s.w.t. telah menetapkan batasan dan peraturan yang
mesti dipatuhi oleh setiap manusia yang mukallaf dengan ketentuan halal dan
haram begitu juga soal ganjaran pahala dan dosa.
Dalam Islam, kamajuan material sahaja
bukanlah kamajuan yang utama yang ingin dicapai, kerana Islam juga menitik
beratkan soal pembangunan modal insan iaitu melahirkan insan yang berakhlak
mulia, berilmu pengetahuan, bermanfaat untuk diri sendiri, masyarakat dan
negara. Berasaskan konsep inilah Islam muncul sebagai agama yang menjamin
keharmonian, kesejahteraan, kebahagian dan kedamaian.
Oleh yang
demikian memelihara jati diri
sebagai seorang muslim adalah penting untuk pembangunan dan kemajuan umat Islam
secara amnya. Umat Islam perlu menilai adakah diri telah melaksanakan semua
perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangannya, seperti menjadi hamba yang
tetap melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus seperti sembahyang, berpuasa dan
ibadah-ibadah yang umum seperti melaksanakan tugas dan tanggungjawab,
menyayangi keluarga, menunaikan tanggungjawab sesama manusia, bercakap benar,
memakan makanan yang halal, mencari sumber pendapatan yang halal dan
sebagainya. Kerana sebagai seorang muslim adalah sentiasa dituntut agar
berusaha mendekatkan diri serta mencari keredhaan Allah s.w.t. supaya umat
Islam dapat terus memelihara dan memantapkan diri, keluarga dan masyarakat
dengan sentiasa mempertingkatkan jati diri agar tidak terpengaruh dengan
sebarang fahaman yang boleh menyesatkan serta merugikan sebagai seoarang
muslim.
3.1 Tanggungjawab seorang
muslim
3.1.1 Berusaha
untuk Memiliki
keimanan yang mantap
Sebagai seorang muslim sejati hidup kita
hendaklah sentiasa didasarkan atas keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
sepanjang masa. Sekiranya berlaku pengabaian terhadap pengukuhan keimanan
kepada Allah maka sudah tentu perjalanan hidup seseorang akan mudah diseleweng
dan terpesong menurut kemahuan hawa nafsu semata-mata. Maka kerana itulah
keimanan yang mantap adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke
lembah maksiat disamping ia mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai
Allah s.w.t.
3.1.2 Berusaha menjadi insan berjiwa merdeka
Sebagai seorang muslim sejati hendaklah
sentiasa berusaha membebaskan diri dari sebarang belenggu, terutama mengatasi
belenggu penjajahan pemikiran dari pemikiran yang jumud kepada terbuka ke arah
kemajuan dan pembaharuan serta menghasilkan pemikiran baru bagi kebaikan diri,
masyarakat dan umat Islam. Seterusnya, hendaklah menolak fahaman serta
amalan-amalan negatif yang boleh merosakkan dan menghancurkan umat Islam. Perkara
yang paling utama ialah membebaskan pemikiran dari sebarang bentuk ketergantungan kepada
sesuatu yang lain selain dari Allah s.w.t. yang boleh membawa kepada syirik
terhadap Allah. Kerana sesungguhnya melakukan syirik terhadap Allah merupakan
suatu dosa dan kezaliman yang besar.
3.1.3 Melaksanakan
Amar Ma’aruf dan mencegah Nahi Mungkar
Sebagai seorang yang beriman dengan
Allah s.w.t. serta mengakui diri sebagai
seorang muslim sejati, maka sudah tentu
tidak dapat lari dari tanggungjawab melaksanakan semua perintah Allah
dan perkara-perkara ma’aruf serta meninggalkan semua yang mungkar, kerana ianya
merupakan salah satu usaha dakwah dalam Islam. Maka sudah tentu tugas menyeru
manusia kearah kebaikan menjadi keutamaan sesuai dengan ajaran Islam yang
membawa maksud selamat dan sejahtera. Sekiranya setiap muslim melaksanakan
tanggungjawab amar ma’aruf dan nahi mungkar, maka sudah pasti kita akan menjadi
“khaira ummah” iaitu ummah yang unggul dalam erti kata menjadi ummah contoh
yang diikuti sepanjang zaman.
4.0
TANGGUNGJAWAB DIRI SEORANG USAHAWAN MUSLIM
Sekali imbas didapati bahawa
usahawan mempunyai banyak tugas
dan tanggungjawab kepada masyarakat. Ini akan sentiasa mendorongkan mereka
untuk berusaha dengan gigih dan memperoleh keuntungan yang lumayan. Dari
keuntungan ini, mereka perlu
mengeluarkan sebahagian untuk zakat perniagaan (bagi yang beragama Islam) dan
cukai pendapatan.
Usahawan yang berjaya akan memperolehi tiga jenis ganjaran. Pertama,
keuntungan yang lumayan; kedua, kepuasan dari berpeluang menyumbangkan tiga
jenis perkhidmatan yang baik kepada masyarakat; dan ketiga, kepuasan kerana
dapat memberi sumbangan derma kepada berbagai kegiatan masyarakat dalam bentuk
kebajikan dan sosial.
Bagi usahawan Islam pula, ada dua lagi ganjaran yang disediakan oleh Allah
S.W.T untuk mereka selain daripada tiga jenis ganjaran di atas. Menurut hadith
riwayat At-Tirmidzi yang bermaksud:
"Saudagar yang benar dan amanah akan
(dikumpulkan pada hari
balasan) bersama-sama para nabi, orang-orang yang
benar dan para
syuhada",[12]
Allah SWT
mengurniakan dua ganjaran lagi kepada peniaga dan usahawan Muslim, dengan syarat
mereka itu bersifat benar dan amanah. Pertama, Allah SWT mengangkatkan pangkat atau
darjat mereka di akhirat nanti ke taraf para nabi, orang-orang benar dan para
syuhada'. Taraf yang dikurniakan ini boleh dikatakan sangat tinggi dan mulia. Kedua,
selain dari taraf yang amat tinggi itu juga diberi balasan syurga. Dua ganjaran
di akhirat ini akan diberikan kepada semua peniaga dan usahawan Muslim yang
benar dan
amanah, tidak kira sama ada mereka memperolehi keuntungan atau pun kerugian. Maka,
bagi mereka yang beroleh keuntungan tetapi tidak mampu memberi apa-apa derma,
maka golongan ini akan mendapat empat ganjaran sahaja. Bagi mereka yang
mengalami kerugian pula, mereka akan hanya mendapat tiga ganjaran sahaja dan
yang terbaik tentulah mereka yang mendapat lima ganjaran. Mereka ini sebenarnya
adalah usahawan yang cemerlang usaha mereka, cemerlang dari segi teknik
perniagaan mereka, cemrlang juga dari segi akhlaq mereka dan cemerlang pula
dari segi ganjaran mereka. Maka agak amat logik sekali untuk memahami bahawa
Islam itu sesungguhnya menuntut
umatnya
bukan hanya setakat berniaga dan berusaha, tetapi seharusnya berniaga dan
berusaha dengan cemerlang.[13]
4.1
TUGAS USAHAWAN MUSLIM
Usahawan mempunyai tugas yang istimewa kepada
masyarakat. Sebagai manusia
yang dijadikan oleh Allah SWT, mereka haruslah
melaksanakan segala tugas yang membawa kepada kebahagiaan hidup mereka bukan
sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat kelak. Oleh yang demikian mereka harus mengabdikan diri
kepada Allah (SWT) tanpa sebarang keraguan. Pengabdian ini amat perlu bagi
mereka bukan sahaja sebagai individu, tetapi juga sebagai salah seorang ahli
keluarga mahupun sebagai salah seorang anggota masyarakat. Tugas-tugas yang terangkum
dalam istilah pengabdian diri ini ialah melaksanakan segala yang diperintah dan
meninggalkan segalah yang dilarang. Melaksanakan segala yang diperintah ini
bukan sahaja terhad kepada ibadat khusus semata. Ia merangkumi juga tugas-tugas
untuk mendapatkan segala keperluan asas yang boleh menyelamatkan nyawanya,
agamanya, keturunannya dan juga hartanya. Bagi mencapai matlamat ini, ia harus
berusaha sendiri sedaya upaya bagi mendapatkan segala keperluannya dan bukan hanya
boleh bergantung kepada orang lain, keluarga, mahupun masayarakat atau negara.
Selagi ia berdaya melakukan tugas-tugas ini, selagi itulah ia harus berusaha.
Ia sekali-kali tidak digalakkan untuk hidup di atas usaha orang lain.
Dalam usaha mencari rezeki, usahawan secara lansung melakukan tiga tugas
penting kepada masyarakat. Pertama, usahawan khususnya, menghasilkan segala
barang dan pekhidmatan yang diperlukan atau dikehendaki oleh masyarakat. Hakikatnya
pada hari ini, usahawan merupakan manusia yang memikirkan bukan sahaja apakah
yang dikehendaki oleh masyarakat, tetapi berusaha sedaya upaya untuk mencipta
atau menghasilkan barang atau pekhidmatan itu. Usahawanlah yang mengenalpasti
keperluan manusia ini dan mencari jalan untuk memuaskan keperluan tadi.
Tugas
usahawan yang kedua, ialah mengagihkan barang dan pekhidmatan yang dihasilkan
itu kepada masyarakat. Semua barang yang
hendak dipasarkan memerlukan peniaga-peniaga yang terdiri
daripada
pemborong, penjual runcit, peraih dan sebagainya sebagai pengantara yang khususnya
untuk membawa barang dan perkhidmatan dari kilang ke tempat-tempat yang sangat
hampir dan selesa bagi masyarakat dan ini merupakan tugas yang sangat penting
kepada masyarakat.
Tugas usahawan yang ketiga ialah memberi perkhidmatan kepada masyarakat
dalam menentukan supaya barang dan perkhidmatan yang telah disediakan dapat
digunakan sepenuhnya. Dalam menggunakan barang dan perkhidmatan yang makin
canggih dewasa ini, pengguna biasanya menghadapi berbagai masalah yang
memerlukan perkhidmatan peniaga dan
usahawan. Perkhidmatan yang dimaksudkan ini ialah perkhidmatan selepas
jualan (after sales service). Perkhidmatan selepas jualan ini sudah menjadi
satu lagi tugas pengusaha kerana kecanggihan barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan bagi keselesaan manusia. Tanpa tugas ini, mungkin barang dan
perkhidmatan yang makin bertambah canggih tidak mempunyai makna kepada masyarakat.
4.2 TANGGUNGJAWAB USAHAWAN MUSLIM KEPADA
MASYARAKAT
Manusia biasanya berusaha untuk
mendapatkan sesuatu yang digemarinya. Bagi seorang usahawan, mereka juga
manusia biasa yang ingin mencari kepuasan melalui usaha mereka. Biasanya,
usahawan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keuntungan yang
lumayan. Dalam mencari keuntungan yang lumayan ini, mereka boleh melakukan
usaha melalui berbagai cara. Mereka boleh menipu, mencuri timbang, tidak membayar
hutang, menindas pekerja, menghasilkan barang yang tidak tinggi mutunya dan
sebagainya. Malangnya, segala yang disebutkan tadi itu hanya boleh membawa keuntungan
dalam jangka pendek sahaja. [14]Sebaliknya,
usahawan muslim perlulah mengelak daripada melakukan hal-hal sedemikian jika
ingin terus berjaya dan bertambah maju dari masa ke masa. Usahawan perlulah
berfikir bukannya hendak menjadi kaya dengan cepat dan selepas itu menjadi
miskin semula tetapi mereka haruslah sentiasa
memikirkan manfaat atau faedah yang boleh didapati oleh pelanggan atau pembeli.
Keduanya usahawan terpaksa
bersaing dengan usahawan yang lain yang juga menjalankan usaha yang sama, menjual
barang yang sama, dan sebagainya. Dalam dunia
perniagaan hari ini, harus disedari bahawa persaingan
antara usahawan begitu sengit sekali. Oleh itu seorang usahawan harus sentiasa
mencari sesuatu kelebihan dalam barang atau perkhidmatan yang membolehkannya
untuk bersaing dengan usahawan yang lain. Dalam usaha untuk meningkatkan daya
saing perniagaan, usahawam perlu mencari jalan untuk meningkatkan mutu
barangan, atau mengurangkan margin keuntungan, atau memberi perkhidmatan yang
lebih baik, dan sebagainya. Sekiranya sentiasa berbuat demikian, maka lama
kelamaan, diri akan menjadi lebih peka terhadap kerenah pengguna. Tanggungjawab
usahawan akan lebih ditumpukan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna dalam
apa bentuk sekalipun. [15]
Oleh yang demikian, antara tanggungjawab usahawan
muslim ialah[16]:
1. Menentukan mutu barang dan perkhidmatan
yang disediakan untuk pengguna adalah paling baik supaya tidak ada barang yang
cacat atau rosak yang hendak dijual secara menipu.
2. Mencari jalan bagaimana cara untuk menjual
dengan harga paling murah disamping untuk mendapatkan keuntungan kerana harga
yang murah memberi kepuasan yang lebih kepada pembeli dan dapat menjaga
kebajikan pembeli itu sendiri. Misalnya,
cuba berunding dengan para pembekal untuk mengurangkan harga barang yang mereka
bekalkan, atau meningkatkan keberkesanan proses pengeluaran dan sebagainya.
3.
Berpegang
kepada sifat benar dan amanah. Ini merupakan satu tanggungjawab seorang usahawan muslim kepada
masyarakat kerana penipuan atau pecah amanah merupakan kegiatan mengambil hak
pembeli dengan cara yang batil. Maka, sebarang kecacatan yang ada harus
dihuraikan kelemahannya supaya pembeli tahu apakah kekurangannya.
4. Usahawan
harus sentiasa sedar bahawa dalam
menjalankan tugas mereka, mereka sedang memberi perkhidmatan kepada masyarakat
dan bukan hanya utnuk mendapatkan keuntungan. Maka, keselesaan, keselamatan,
kepuasan dan kebahgiaan masyarakat itu harus diutamkan sentiasa. Hal ini sudah
pasti menjadi tanggungjawan para usahawan yang lebih tahu tentang barang dan perkhidmatan
yang mereka sediakan.
5.0
KESIMPULAN
Usahawan muslim banyak memainkan peranan dalam pembanggunan
dan kebajikan umat Islam secara khususnya. Jati diri usahawan muslim amat
penting dalam memastikan perjalanan dalam aktiviti sesuatu perniagaan itu
benar-benar mengikut landasan dan syariat Islam yang sebenar-benarnya.
Usahawan muslim perlulah memantapkan lagi keteguhan
peribadinya dan ilmu pengetahuannya dalam bidang perniagaan supaya dapat terus
teguh dan mampan untuk bersaing didalam dunia keusahawanan didalam Negara dan
seantero dunia. Kejayaan diri usahawan muslim yang sebenar-benarnya adalah yang
mendapat keredhaan Allah didunia dan diakhirat serta dapat memenuhi segala
keperluan yang masyarakat kususnya masyarakat Islam amnya.
Oleh yang demikian peribadi usahawan muslim perlulah dibina
dan dipupuk dikalangan usahawan baru dan muda-mudi Islam yang ingin bergiat
didalam bidang keusahawanan.
Usahawan muslim juga perlulah saling membantu antara usahawan
muslim yang lain supaya rantaian usahawan muslim terjalin teguh dan erat
berpadu dalam mengenbangkan perniagaan berteraskan syiar Islam.
[1] Rosli
Mahmood et.all.(2006).Prinsip-Perinsip
Asas Keusahawanan.Kuala Lumpur:Pearson Malaysia Sdn.Bhd .Hlm.15
[2]Rosli
Mahmood et.all.(2006).Prinsip-Perinsip
Asas Keusahawanan.Kuala Lumpur:Pearson Malaysia Sdn.Bhd Hlm.2
[3] Rosli
Mahmood et.all.(2006).Prinsip-Perinsip
Asas Keusahawanan.Kuala Lumpur:Pearson Malaysia Sdn.Bhd Hlm.3
[4] Ngu H.S dan Md Zyadi Md. Tahir.(2005).Teks Pra U Mikroekonomi STPM Matrikulasi.Petaling
Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd. hlm 3
[9] http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/16.06.2006%20-TanggungjawabMemeliharaJatiDiriMuslim(Rumi).