Melawat
ke pertempatan masyarakat orang asli di Kg. Bukit Serok telah meninggalkan
banyak memori dan pengetahuan yang sangat berguna di kotak pemikiran kami.
Disana, kami telah didedahkan segala aktiviti dan cara hidup masyarakat orang
asli yang kini bukan lagi dikatakan ketinggalan zaman, tetapi telah turut
menerima arus kemodenan yang telah kita kecapi bersama pada hari ini.
Apabila
membicarakan tentang masyarakat orang asli, sudah tentu di fikiran kita
memikirkan, suatu msyarakat yang hidup di dalam hutan, ketinggalan zaman, hidup
dalam kehidupan yang serba kuno dan menjalani kehidupan yang seratus peratus
berteraskan sumber hutan. Di kampung
tersebut, kami dapat lihat, pemikiran ini jauh terpesong , di mana kehidupan
orang asli kini bukan seperti yang kita fikirkan. Hasil daripada tindakan
kerajaan dan dasar pembangunan Negara kita, mereka juga turut membangun dari
segi mental dan infrastuktur kehidupan mereka. Walaupun masih ada di antara
mereka yang masih memiliki pemikiran yang lama tetapi kebayakan daripada mereka
telah sedar dan cuba membangunkan kehidupan dan diri mereka supaya mampu
bersaing dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat yang telah lama menerima
arus kemodenan.
Walaupun
mereka tinggal di kampung, tetapi kebanyakan mereka bukanlah seperti masyarakat
yang tinggal di Bandar yang memiliki harta Cuma sekadar boleh dibanggakan
seperti rumah dan kereta semata-mata. Kebanyakan dan boleh dikatakan
keseluruhan masyarakat orang asli mempunyai pemilikan sendiri tanah yang berekar-ekar dan berpotensi untuk menyumbang kepada hasil dan
pembangunan Negara. Sebagai contoh, tanah yang mereka ada telah diserahkan
kepada FELCRA untuk diusahakan, tetapi hasil tetap mereka yang perolehi dan
pemilikan tetap dimiliki oleh mereka.
Berdasarkan
usaha yang kerajaan jalankan terhadap pembangunan masyarakat orang asli, dapat
dilihat pelbagai insrasruktur dan kemudahan telah disediakan dan dibina untuk
mereka seperti banggunan masjid yang disediakan berdasarkan populasi masyarakat
orang asli yang telah ramai memeluk agama Islam, bangunan sekolah dan asrama
untuk anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan yang paling dititikberatkan supaya mereka lebih celik
dalam menguruskan harta yang mereka ada kelak, bangunan klinik kesihatan dan
pelbagai lagi.
Ada
diantara mereka mula celik dan melihat kepada peluang-peluang ekonomi yang boleh dimajukan di kampung mereka seperti
membuka gerai makanan, perniagaan runcit dan apa yang dapat kami lihat dan
dikhabarkan kepada kami, ada diantara mereka akan mula membuka bengkel membaiki
motosikal, bengkel menjahit dan membaiki pakaian yang akan dibuat sebagai hasil
perniagaan, dan banyak lagi.
Sebagai
galakan ekonomi pula, kami telah dibawa melihat kolam perusahaan membiak lintah
dan ikan keli untuk dikormesilkan dan dijadikan bekalan kepada permintaan
pasaran yang kini semakin berpotensi
untuk maju lebih jauh.
Kami
juga turut dibawa melawat kawasan tanah yang sedang dimajukan yang bakal
menjadi tapak perkhemahan dan aktiviti-aktiviti riadah untuk tujuan hasil
ekonomi penduduk kampung dan pembanguanan social masyarakat setempat.
Semasa
lawatan juga, kami turut melihat usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
mengadakan Hari JPJ Bersama Rakyat untuk menggalakkan masyarakat orang asli
mempunyai lesen kenderaan bermotor dengan mengadakan bengkel undang-undang dan
ujian jalanraya dengan harga yang murah dan istimewa kepada penduduk orang
asli.
Kami
juga tidak ketinggalan membuat aktiviti kebajikan dengan beramah mesra dengan
penduduk dan kanak-kanak orang asli dan memberi mereka sedikit cenderamata
ikhlas sebagai tanda terima kasih dan ingatan kami kepada mereka atas layanan
baik dan sambutan mereka terhadap kami.
Tidak
banyak aktiviti yang dapat kami jalankan bersama mereka atas beberapa sebab dan
masalah yang tidak dapat kami elakkan semasa menguruskan program ini.
Selepas
hampir seharian kami melawat ke kampung tersebut, kami bertolak ke rumah salah
seorang dari kami yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut untuk solat
Zohur , berehat dan menikmati juadah tengahari. Sebelum itu, kami semua telah
bergotong royang menyediakan makanan untuk hidangan tengahari di rumahnya dan
selepas itu kami makan beramai-ramai dengan berselera sekali.
Setelah
puas beramah mesra dengan keluarga En. Abd Rohman dan solat Asar, kami bertolak
pulang. Perjalanan pulang kami rasakan amat memenatkan tetapi berbaloi dengan
pengalaman yang amat beharga dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam
minda dan banyak pengalaman serta
pengetahuan yang dapat kami kumpulkan.
Kenangan manis ini akan kekal tepahat dalam diari manis pengajian kami.