Ahad, 4 Disember 2011

~KaLa AkU dAn DiA~

Suara rindu merintih sepi diperdu waktu.. Tabir ingatan legar mengamit memori antara aku dan dia.. Seketika mata menatap ke luar jendela. Sejurus langkah diatur menuju beranda balkoni. Pemandangan tingkat tigabelas seakan menggoda sukma. Limpahan neon suasana kota raya lebih mengambil tempat dilubuk jiwa. Leka membiarkan bayu malam menyapa, rasa sejuk memeluk erat diri. Tatkala diam merajai suasana, hati dipukul lagi hambatan sepi. Sungguh aku rindukannya. Leka lagi diri ini dibawa arus memori yang semakin ligat berputar lagi..

~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~

Tidak jemu, acap kali punya waktu, segera tangan mencapai teman setia selama tiga tahun dialam pengajian. Ya! Iayanya sentiasa melambai, mengajak jari ini agar lincah menari di pentas kekuncinya. Sejak adanya laman muka buku, memang tidak pernah puas dikunjungi. Menjejak rindu pada mereka yang pernah mengisi ruang memori.. Dan disitu aku jumpa dia. Pertama kali, hati berbunga. Pencarian pada sebuah penyepian yang sekian lama. Mungkin dirinya terbuka untuk duhubungi. Sepantas itu birai kolam takungan sang indera membuakkan isi membasahi pipi. Antara sendu, rindu, suka dan teramat gembira mengambil tempat dipersada waktu. 

~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~

Dari hari itu kerap aku dan dia bersama dialam maya. Berkongsi duka, membunga ketawa, berpadu cerita. Tidak jemu menunggu saat bersama. Terkadang ketawa, tidak ketinggalan adakala sang airmata memacu suasana. Tak putus usikan, gurauan, perkongsian dan saling memberi buah fikiran. Adakala memori lama menjadi agenda utama tajuk bicara. Saat itu memang lincah jemari menari menekan-nekan petak kekunci. Adakala diselang ketawa mahupun airmata luhan jiwa. Kala itu hati makin membunga memberi penawar pada rindu yang makin dalam tersimpan.

~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~

Dan diakhir-akhir ini jarang sekali aku dan dia bersua. Waktu yang belegar selalu mencemburui. Adakala kesibukan seakan lokek memberi ruang waktu bersama. Terkadang aku, dan terkadang pula dia. Entah bila lagi dapat bertemu diruang maya ini. Kembali memutik tunas tawa, mencoret bait-bait ria dan memberi penawar pada kerinduan dijiwa. Terlalu-lalu hatiku menjerit.., AKU RINDUKAN DIA!!.. 

~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~

Tinggi doa kupanjat, moga dia beroleh segala cita yang diimpi-impikan. Titip tinta untuk si dia yang bernama..... ~TEMAN~ Semoga Berjaya!! (^_^)


                                 ------>> Tatap Rindu Pada Si Penulis Itu..... ----<@

Sabtu, 19 November 2011

~Koleksi Peribadi~

urm dah lma x mnulis dlm laman nie.. sbb x de idea nk tulis ape.. huhu.. aper ey?? haaaaaaa!!.. hihih 
\(^_^)/ ~> aku yakin, suma orang pasti ad minat dan hobi tersendiri.. bila kita sebut pasal hobi, dah tau ianya sesuatu yg unik dan mungkin anik untuk diri seseorang itu.. pasti ia dapat memuaskan hati dan diri individu tersebut.. urm.. bagi aku pulak antara salah satu yg aku suka sgt buat n jadikan satu minat yg mungkin la ada jgk spesis mcm aku dlm dunia ni, iaitu kumpul benda2 comel.. hehehe.. nak tau something x?? haha.. actually aku suka pg kenduri kawin or keramaian yg ade bg handgift..>> itu semata-matanya.. bukan nk tgok pengantin or what vision utama tapi nk benda tu.. hikhikhik (~_^)y 
--> heheh.. semata2 nk kan gift tu la so ngan rase x malu aku akn mintak kalau mereka x bagi.. Ya Allah.. x senonoh lak rasanya kan.. tp itulah aku.. hihi..>> ish3.. anak saper la ni kan..? 
urm.. aku sukakan koleksi2 tersebut dan setiap koleksi aku ade cerita dan value memory tersendiri.. :) and setiap kali kenduri kawan2 aku aku akn simpan weding card dyorg sebagai koleksi memory value aku.. dan aku gembira sgt sbb my mom adalah pendorong utama pd minat aku nie.. dye tahu aku sukakan benda2 tu, so.., setiap kali dye pegi somewhere yg ad gift dye akan simpan utk aku.. hihi..  thanks makk.. lov u so muchh ngee.. dik cah(adik bongsu aku), jgn jelous..haha ~> dye pendengki utama pd brg2 comel aku dan aku mmg suker berebut dengannyew sbb mmg tabiat suke nyakat si comel yg sowang tu..hikhikhik<~kakak yg kejam..wuuu (~,~) hihi.. bila lg nk nyakat kan? t dah ad keluarga sendiri mgkin x de masa nk wat aktiviti2 sakat menyakat nie lg.., sampai kan pnh la sekali dua kena sound ngan mak aku, katanya aku nie adik kpd adik bongsuku..hahaha.. dan tiap kali tu aku akan ketawa smbil mengejek2 nye dan belari masuk bilik. aku akan puas tgok muka ecah yg bengang, sambil mulut becoknyew mengomel2 x puas hati ngan aku.. hihi.. rasa nk cubit2 pipinyew.. dlm ati nie kata--> "sayang adik cah" hihihi (~_^)..

uiks.. melarat sudah.. ape td eyk? haa koleksiku.. tu yg kat atas tu^ adlh diantaranya.. hihihi -> dah byk dah.. kat lam almari bilik ade la lebey kurang 4 kotak koleksi cumelku.. hihihi.. aku akan puas bila dpt tgok semuanya.. termasuklah kad raya yg kengkawan bg dr aku skolah rendah, adiah yg aku dpt utk stiap ptndingan yg aku masuk, key chain kawan2 dan mcm2 lg.. yang pasti, aku syg nk buang semuanya.. biarpun dah kekuningan dimamah waktu, ia tetap cantik dimataku.. hihi.. pendek kata.. aku suke sesuatu yg memberi ingatan pd diriku.. so.., 
mcm PUTERI ckp.. :>>"KITA ENJOYYY" << \(>_<)/ haha.. peace~

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers