Ahad, 17 Oktober 2010

Hanya Tuhan Lebih Mengerti Bicara Setiap Hati..

Percintaan memerlukan kejujuran..ketelusan...dan keikhlasan.. terkadang didalamnya wujud satu perasaan yang terlalu pahit dan perit untuk ditelan...namun aku percaya pada qada dan qadarnya.. segalanya kuanggap sebagai satu ujian tuhan untuk hambanya yang terpilih dan disayangi...juga ujian pada perasaan dan hubungan ini.. aku pasrah pada segalanya..Dia lebih mengerti dan mengetahui apa yang tersirat di lipatan takdir... ya Allah..kau kuatkan hatiku untuk menerima segala ujian darimu.. tabahkan hatiku dan kuatkan imanku untuk ku tempuhi segalanya.. segala ketentuan hidup dan matiku kuserahkan kepadaMu.. pemilik segala yang dilangit dan dibumi.. aku percaya Kau lebih mengerti segala yang terjadi pada diri ini..
untuk kekasih tersayang.., kau punyai hak untuk memilih yang terbaik buat dirimu.. sungguh dihatimu punya sesiapa pun yang kau sayangi.. aku tak bisa mengaturkan segalnya untukmu.. sayang.., sungguh kau menyayangi yang lain selain aku, aku pasrah.. aku sebagai seorang yang menyayagimu setiasa mengharapkan kebahagian dan kegembiraan buat dirimu.. walau hatiku terlalu kuat menyayagimu dan hatiku kuat menyatakan aku tak mungkin bisa melupakanmu dan tak boleh berhenti dari terus menyayangimu.. aku juga mungkin x bisa hidup tanpa dirimu.. tapi aku x bisa memaksa untuk kau juga menyayangiku seperti aku menyayangimu.. aku juga tak pernah ingin memaksa untuk kau mencintaiku.. dan menerimaku..
apa yang aku terlalu perlu.. kejujuranmu..,keikhlasanmu dan ketulusanmu menerimaku.. usahaku sudah terlalu banyak untuk aku kuatkan hubungan kita.. aku tak pernah ingin menyesali semua itu kerana hatiku ikhlas mencintaimu.. aku juga tidak pernah mahu mengharapkan apa-apa balasan darimu.. hatimu adalah hakmu.. aku hanya mampu berdoa agar dirimu sentiasa bahagia.. 
mungkin benar.. apa yang kita impikan tak selalunya kita dapat.. aku punya banyak impian yang telah kulakarkan dalam bingkai impian aku denganmu..terlalu banyak harapan yang aku pautkan untuk hidup bersamamu.. terlalu banyak kenangan yang menjadi memori dalam hati cintaku bersamamu... siapa pun mahu angan yang diciptakan menjadi kenyataan.. tapi siapa yang mampu melawan takdir..? banyak doaku telah kupanjatkan untuk aku disatukan denganmu.. dalam doaku sentiasa ingin kamu menerimaku dalam hatimu..  dalam doaku terlalu banyak segala kebaikan untuk dirimu.. namun.., jika takdir menginginkan sebaliknya.. apakan dayaku? kita hanya mampu merancang dan yang menentukan hanya Dia yang lebih berhak.. semoga kau sentiasa dibawah lembayung kasih sayangNya.. dipelihara didunia dan diakhirat.. jika aku benar dari tulang rusukmu, aku terlalu gembira menerimamu sebagai pembimbingku.. dan takdir mungkin menulis kau adalah jodohku.. dan jika sebaliknya yang berlaku.. segalanya kuserahkan kepada yang Esa..krana dia yang lebih mengetahui segalanya.. mungkin hikmah yang tersirat disebalik semua yang terjadi terlalu  indah untuk digambarkan.. apapun yang berlaku..aku tetap akan menunggumu..kekasih yang aku terlalu sayangi..., semoga kita tercipta untuk bersama..amien ya rabbal alamien... namun.. seandainya jika aku bukan untukmu.., aku lebih rela nyawaku diambil dahulu.. biar aku menemui jodohku di alam yang kekal abadi... kerana aku mungkin tak bisa memberi kasih ini pada yang lain selainmu.. menyayagi yang lain seperti aku menyayagi kamu di alam yang fana ini..  ~titip kasih dari titis air mata hati untuk yang tersayang....~ AKU TERLALU SAYANG KAMU..., TAK BISA HIDUP TANPA DIRIMU...TAPI AKU TIDAK MAHU MEMAKSAMU UNTUK MENERIMAKU...MAAFKAN AKU, SAYANGKU...KERANA MENGHERETMU DALAM CINTAKU...~~<@

Sabtu, 16 Oktober 2010

Sabarlah Sayang..

hatinya terlalu halus dan rapuh.. dia terlalu cepat terluka dan tersentuh.. aku hanya mampu memberi kata-kata semangat dan mengucapkan "sabarlah sayang.." dalam hati ini hanya tuhan yang tahu..batapa aku tidak sabar untuk menjaga dan membelai hatinya.. sabarlah untuk sedikait masa lagi sayang.. akan aku cuba membahagiakan mu nanti bila kita sudah sebumbung dan sah bersama.. tak perlu lagi kau harapkan perhatian mereka.. tak perlu lagi kau terasa dengan mereka.. biarlah aku yang memanjakanmu.. apa yang kau perlu katakan saja akan aku perbuat segalanya untukmu. aku ingin kau tahu bahawa aku terlalu mencintaimu.. tak sanggup aku mendengar kau meluahkan duka dihati..terlalu ingin aku membelai hatimu supaya kau gembira setiap masa.. untuk melihat senyum yang kau ukir dibibirmu agar aku jua turut merasa bahagia.. agar aku dapat menghidu harum bunga yang mekar dihatimu dibawa angin kabar yang gembira.. sabarlah sayang.. nanti aku hadir untukmu setiap waktu kau perlu.. aku sayang kamu.. abang.... doaku tidak putus agar kita segera dapat disatukan dalam ikatan yang lebih kukuh dan murni.. bahagia sentiasa dibawah lembayung nikmat kasih dan sayangNya..amin ya rabbal alamien.. insyaallah..

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers