Resah.. memikirkan dinginmu.. buntu.. mengingatkan jahilku.. kelu.. lidahku kaku untuk bicara apa...? bungkam dalam sepi yang penuh keluh kesah.. diri ingin lakukan yang terbaik, tapi kian terbalik..diri ingin kelihatan gah dimatamu.. tapi.. lautan kelemahan melemaskan diri yang lembab dalam bertindak.. tatkala gelodak jiwa yang makin parah hanya bisa bertemankan suara hati yang lantang memaki diri.. kaki merayu untuk diberi kekuatan berdiri sendiri.. tangan mencari-cari tempat yang kuat untuk berpaut.. lantas minda mencelah gerakan yang diilhamkan.. membisik naluri pada diri.., KAMU PERLU BERTENANG UNTUK BERTINDAK DENGAN LEBIH BAIK.. JANGAN BIARKAN RESAH DAN KETAKUTAN MERAJAI TINDAKAN!! itu yg aku belajar darinya..terima kasih kerana menyedarkan diri tak boleh terlalu lemah.. x boleh selalu lena dalam mimpi yang mengasikkan.. maaf sebab dah terlalu mengecewakan... I WILL DO MY BEST!! please pray for me.. /(^~^)\
Khamis, 17 Mac 2011
Tatkala Itu....
perasaan yg tiada perasaan.. kekusutan yang tiada keserabutan.. kegelisahan yang tiada keresahan.. ketidaktentuan yang tiada kekalutan.. situasi sukar difahami, x mahu dimengerti, x ingin diselami, x mudah di rungkai.. kata yang tiada bahasa.. madah yang tiada hujah.. ayat yang tidak bernoktah.. soalan yang tiada persoalan.. ~>hanya padaNya aku adukan segala hal.... semoga dipermudahkan segala urusan dan diperlihatkan segala jalan... tiada seorang pon yang tak inginkan kesempurnaan tetapi x ada sesiapapun yang sempurna.. hanya dimata manusia seringkali dilitupi kejahilan akibat kekusutan hati.. bicara apa yang boleh dimengerti???? sukar menterjemah luahan hati kerana hanya hati yang memahami bicara hati itu sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)
