Jumaat, 20 Mei 2011

Debaran Hati..

Melodi hati berentak girang tatkala bingkai minda memainkan layar hidup yang galak mencorak warna pelangi masa depan.. suara jiwa makin kuat melaungkan harapan bahagia.. walau adakala suara kecil hati gusar berbisik melahirkan getar kerisauan, mungkinkah bisa mengecap bahagia itu?? pantas naluri mencelah memberi semangat agar tidak tewas pada dugaan dan tidak perlu gentar pada bayang-bayang sendiri.. suara iman seakan berbisik.. yakinlah pada qada dan kadar kerana janji Allah itu pasti.. dengan apa yang telah Dia takdirkan, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.. tatkala itu, mekar ulas bibir menguntum senyuman ditemani debar hati yang seakan tidak sabar menanti bahagia itu.... tidak jemu doa dipanjatkan semoga segala bahagia itu menjadi nyata.. semoga kita tercipta untuk bersama.. sayang dan kasih untukmu seakan tiada noktah dalam hati ini.. sayangku padamu kerana Allah.. selamanya.. dengan izin dariNya...>>..---->@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers