LAWATAN KE KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT SEROK, MUAZAM SHAH PAHANG


Melawat ke pertempatan masyarakat orang asli di Kg. Bukit Serok telah meninggalkan banyak memori dan pengetahuan yang sangat berguna di kotak pemikiran kami. Disana, kami telah didedahkan segala aktiviti dan cara hidup masyarakat orang asli yang kini bukan lagi dikatakan ketinggalan zaman, tetapi telah turut menerima arus kemodenan yang telah kita kecapi bersama pada hari ini.
Apabila membicarakan tentang masyarakat orang asli, sudah tentu di fikiran kita memikirkan, suatu msyarakat yang hidup di dalam hutan, ketinggalan zaman, hidup dalam kehidupan yang serba kuno dan menjalani kehidupan yang seratus peratus berteraskan sumber hutan.  Di kampung tersebut, kami dapat lihat, pemikiran ini jauh terpesong , di mana kehidupan orang asli kini bukan seperti yang kita fikirkan. Hasil daripada tindakan kerajaan dan dasar pembangunan Negara kita, mereka juga turut membangun dari segi mental dan infrastuktur kehidupan mereka. Walaupun masih ada di antara mereka yang masih memiliki pemikiran yang lama tetapi kebayakan daripada mereka telah sedar dan cuba membangunkan kehidupan dan diri mereka supaya mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat yang telah lama menerima arus kemodenan.
Walaupun mereka tinggal di kampung, tetapi kebanyakan mereka bukanlah seperti masyarakat yang tinggal di Bandar yang memiliki harta Cuma sekadar boleh dibanggakan seperti rumah dan kereta semata-mata. Kebanyakan dan boleh dikatakan keseluruhan masyarakat orang asli mempunyai pemilikan sendiri  tanah yang berekar-ekar dan  berpotensi untuk menyumbang kepada hasil dan pembangunan Negara. Sebagai contoh, tanah yang mereka ada telah diserahkan kepada FELCRA untuk diusahakan, tetapi hasil tetap mereka yang perolehi dan pemilikan tetap dimiliki oleh mereka.
Berdasarkan usaha yang kerajaan jalankan terhadap pembangunan masyarakat orang asli, dapat dilihat pelbagai insrasruktur dan kemudahan telah disediakan dan dibina untuk mereka seperti banggunan masjid yang disediakan berdasarkan populasi masyarakat orang asli yang telah ramai memeluk agama Islam, bangunan sekolah dan asrama untuk anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan yang paling  dititikberatkan supaya mereka lebih celik dalam menguruskan harta yang mereka ada kelak, bangunan klinik kesihatan dan pelbagai lagi.
Ada diantara mereka mula celik dan melihat kepada peluang-peluang ekonomi  yang boleh dimajukan di kampung mereka seperti membuka gerai makanan, perniagaan runcit dan apa yang dapat kami lihat dan dikhabarkan kepada kami, ada diantara mereka akan mula membuka bengkel membaiki motosikal, bengkel menjahit dan membaiki pakaian yang akan dibuat sebagai hasil perniagaan, dan banyak lagi.
Sebagai galakan ekonomi pula, kami telah dibawa melihat kolam perusahaan membiak lintah dan ikan keli untuk dikormesilkan dan dijadikan bekalan kepada permintaan pasaran yang  kini semakin berpotensi untuk maju lebih jauh.
Kami juga turut dibawa melawat kawasan tanah yang sedang dimajukan yang bakal menjadi tapak perkhemahan dan aktiviti-aktiviti riadah untuk tujuan hasil ekonomi penduduk kampung dan pembanguanan social masyarakat setempat.
Semasa lawatan juga, kami turut melihat usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Hari JPJ Bersama Rakyat untuk menggalakkan masyarakat orang asli mempunyai lesen kenderaan bermotor dengan mengadakan bengkel undang-undang dan ujian jalanraya dengan harga yang murah dan istimewa kepada penduduk orang asli.
Kami juga tidak ketinggalan membuat aktiviti kebajikan dengan beramah mesra dengan penduduk dan kanak-kanak orang asli dan memberi mereka sedikit cenderamata ikhlas sebagai tanda terima kasih dan ingatan kami kepada mereka atas layanan baik dan sambutan mereka terhadap  kami.
Tidak banyak aktiviti yang dapat kami jalankan bersama mereka atas beberapa sebab dan masalah yang tidak dapat kami elakkan semasa menguruskan program ini.
Selepas hampir seharian kami melawat ke kampung tersebut, kami bertolak ke rumah salah seorang dari kami yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut untuk solat Zohur , berehat dan menikmati juadah tengahari. Sebelum itu, kami semua telah bergotong royang menyediakan makanan untuk hidangan tengahari di rumahnya dan selepas itu kami makan beramai-ramai dengan berselera sekali.
Setelah puas beramah mesra dengan keluarga En. Abd Rohman dan solat Asar, kami bertolak pulang. Perjalanan pulang kami rasakan amat memenatkan tetapi berbaloi dengan pengalaman yang amat beharga dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam minda dan  banyak pengalaman serta pengetahuan  yang dapat kami kumpulkan. Kenangan manis ini akan kekal tepahat dalam diari manis pengajian kami.     

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers