PERNIAGAAN DAN HALAL



1.0    PENGENALAN
Dunia kini kaya dengan pelbagai jenis dan produk makanan. Setiap makanan tersebut telah direkacipta oleh pelbagai golongan etnik dan kaum yang terdapat dalam dunia hari ini. Namun yang demikian, produk halal menjadi keutamaan bagi setiap Negara yang mempunyai rakyat yang beragama Islam khususnya Negara Islam. Di Malaysia khususnya, perkara ini merupakan suatu yang amat penting kerana mejoriti rakyatnya adalah yang beragama Islam. Oleh sebab halal merupakan isu penting dan menyentuh sensitiviti  umat Islam terutama terhadap produk dan barangan yang digunapakai dalam keperluan harian disamping produk makanan dan minuman, menyebabkan perkara ini telah diketengahkan dan diberi slogan “Mencari halal itu fardhu bagi umat Islam”. Ini adalah di antara peranan yang telah dimainkan oleh Persatuan Pengguna  Islam yang terdapat di Malaysia dalam mempertahankan hak pengguna Islam. Walaupun JAKIM telah meluluskan beberapa barangan yang telah disahkan halal di pasaran mengikut tempoh tertentu, namun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya pengeluar-pengeluar produk yang terlalu mementingkan dan terlalu ingin mengejar keuntungan semata-mata telah menggunakan logo dan cop pengesahan ini melalui proses peniruan secara berleluasa di pasaran  untuk melariskan produk mereka kepada pengguna yang beragama Islam yang merangkumi mejoriti pengguna, sehingga menimbulkan kekeliruan bagi umat Islam yang menggunakan produk terbabit dan kebanyakan pengusaha yang terbabit adalah terdiri daripada masyarakat bukan Islam. Oleh yang demikian wajarlah bagi usawan muslim diseru dan diberi galakan supaya menceburkan diri dalam bidang usahawan dan mengusaha dan memasarkan produk halal supaya kebajikan serta hak pengguna Islam terjamin dan terpelihara dan ianya bukan sahaja telah menjadi fardu kifayah tetapi mungkin akan menjadi fardu ain kerana dalam keadaan sekarang usahawan muslim yang mengusahakan produk halal adalah kurang daripada perouk-produk lainnya, dimana kita mengetahui bahawasanya produk halal itu merupakan keperluan yang wajib bagi umat Islam.

2.0    USAHAWAN MUSLIM PERLU TINGKAT EKONOMI
           Kedudukan ekonomi orang Melayu Islam sejak akhir program Dasar Ekonomi Baru
makin merosot. Orang-orang Cina dan India pula berkembang ada perniagaan yang mereka sahaja mengambil bahagian iaitu perjudian dengan berbagai corak, loteri, kasino, pajak gadai, jualan arak dan sebagainya.  Perniagaan ini terlindung untuk mereka sahaja yang mengambil bahagian kerana orang-orang Melayu Islam oleh sebab ditegah oleh agama tidak mengambil bahagian.  Penjajah British khasnya sewaktu mereka memerintah negeri-negeri di Malaya telah menggalakkan orang-orang Cina yang berkemampuan mengambil lessen untuk perniagaan candu, perjudian dan pelacuran.  Hasil dipungut oleh Kerajaan adalah untuk perbelanjaan pentadbiran.  Yap Ah Loy dan Loke Yew dan orang-orang Cina yang lain menjadi kaya di antara tahun 1895-1915 daripada perniagaan yang tersebut[1].
           Keistimewaan bagi orang Melayu Islam di bawah Artikel 153 “Simpanan kuota bagi perkhidmatan, permit dan sebagainya, bagi orang-orang Melayu dan pribumi mana-mana negeri Sabah dan Sarawak“ dalam Perlembagaan Persekutuan telahpun diagih kepada orang Melayu Islam yang bukan penduduk asli (indigenous Malays) dan memberi pertolongan kepada orang Cina dan India dalam perniagaan perjudian (dagang dalam arak dan sebagainya) akan membawa orang-orang Melayu Islam asli kepada keadaan kemiskinan daripada satu tahun ke satu tahun.  
Pada 26 Mei 2006 The New Straits Times telah mengeluarkan nama-nama mereka yang menjadi jutawan di Malaysia.  Empat daripada mereka mendapat kekayaan daripada perjudian, kasino dan loteri.  Penduduk orang Cina dan India berjumlah 7.76 juta dapat perlindungan secara pengecualian dalam enterprise-enterprise yang tersebut.  Tetapi 14 juta orang Melayu Islam terpaksa memakan makanan yang tidak selesa oleh sebab makanan halal di seluruh negara adalah disediakan oleh orang-orang bukan Islam.  Artikel 153 juga membenarkan orang-orang Melayu Islam diberi peluang dalam perniagaan halal kerana mereka lebih suka makanan-makanan yang disediakan oleh orang-orang Islam.  Jika orang-orang Cina dan Hindu telah dikhaskan perniagaan perjudian dan sebagainya maka haruslah orang-orang Melayu juga diberi perniagaan yang dikhaskan untuk mereka iaitu perniagaan makanan halal dan benda-benda yang halal yang dikehendaki oleh orang-orang Islam seperti ubat gigi, berus gigi dan sebagainya. Ukuran pencapaian ekonomi orang-orang Melayu dan Cina tidak sesuai kerana perbandingan harga saham yang dipegang oleh orang Melayu dan institusi-institusi Melayu disbanding dengan apa yang dipegang oleh orang-orang Cina.  Harus mereka telah meminjam wang dari bank untuk membeli saham-saham tersebut.  Perbandingan yang dilakukan sekarang ialah perbandingan komposit di antara dua kaum.  Tiap-tiap komposit kandungannya berlainan.  Misalnya penduduk Malaysia berjumlah 15.6 juta dan Cina 6 juta sahaja.  Pertumbuhan penduduk juga berlainan Melayu 2.3% dan Cina 1.12% satu tahun.  Begitu juga dengan pendapatan serumah (keluarga) Melayu RM2711 dibandingkan dengan Cina RM4,437.  Mereka orang-orang Cina ada wang untuk melabur oleh sebab bilangan dalam keluarga mereka kecil daripada orang Melayu.  Ada lagi jurang perbezaan yang membuktikan bahawa penduduk orang Melayu di dalam ekonomi tiap-tiap tahun masih meleset[2].

2.1    KENAPA EKONOMI PENTING UNTUK DITINGKATKAN
                Ekonomi merupakan salah satu cabang sosial yang amat penting dalam membina
jaringan authoriti atau kuasa politik dalam masyarakat, negara dan dunia. Jika ekonomi sesuatu masyarakat berada pada tahap yang rendah, ianya mudah untuk dipelopori oleh kuasa ekonomi yang lebih besar. Oleh yang demikian umat Islam perlu bijak dalam mengatur strategi untuk bersaing dengan memantapkan ekonomi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Menurut sunnah Rasulullah, nyata dan jelas menekankan bahawasanya 99% rezeki itu adalah melalui bidang perniagaan. Muda mudi terutamanya masyarakat Melayu yang mejoritinya beragama Islam kini amat bergantung pada pekerjaan makan gaji. Mereka lebih selesa dengan jalan seperti itu kerana bagi mereka ianya sudah cukup untuk menjamin kehidupan mereka. Mereka sepatutnya perlu diberi pendedahan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ini kerana apabila mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, selain melonjakkan diri mereka dalam memajukan ekonomi diri, secara lansungnya mereka akan membuka peluang kepada individu lain terutamanya saudara seagama untuk meningkatkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan agama Islam.

 2.2    KESAN PENGARUH EKONOMI YANG MANTAP TERHADAP MASYARAKAT BERAGAMA ISLAM
           Kedudukan ekonomi yang mantap dan stabil dikalangan umat Islam adalah penting
kerana ianya dapat menjamin kebajikan serta masa depan umat Islam agar dapat terus diperjuangkan melalui kaedah saling membantu dan kebargantungan yang erat diantara usahawan-usahawan muslim serta umat Islam secara keseluruhnnya. Sifat saling dengki mendengki perlu dielakkan demi menjaga pembanggunan ummah yang mantap dan stabil serta terus maju. Dengan ini masyarakat Islam dapat membina satu benteng pertahanan yang mampan dalam kemampuannya untuk terus bersaing dalam dunia pernigaan di peringkat global.

3.0    MENGAPA MNGELUARKAN PRODUK HALAL MENJADI FARDU
KIFAYAH
Pernah Malaysia dikejutkan dan diwarwarkan tentang produk makanan yang laris di pasaran terutama bagi pengguna beragama Islam disahkan sebagai produk yang tidak halal untuk dimakan iaitu sosej yang disaluti oleh usus babi untuk tujuan pengawetan makanan terbabit supaya tahan lebih lama. Rentetan dengan itu, beberapa produk lagi telah disahkan tidak halal digunakan  termasuk produk-produk kegunaan luar disamping produk makanan dan minuman seperti alat solek wanita, bedak, sabun, ubat gigi dan sebagainya yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal.

Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia dan pihak JAKIM telah mengambil langkah  wajar bagi membendung dan mengatasi masalah ini dari berleluasa dan menjaga, membela serta mempertahankan hak masyarakat Islam ini dari terus dicerobohi dengan mengadakan pemeriksaan secara besar-besaran di setiap firma yang mengeluarkan produk-produk yang berkenaan. Oleh yang demikian usahawan muslim adalah digalakkan uantuk memonopolori pengeluaran terutamnya terhadap produk-produk yang menjadi keperluan rutin bagi masyarakat Islam khususnya. Ini adalah bertujuan supaya status halal bagi produk-produk berkenaan di pasaran adalah terjamin dan rujukan bagi Masyarakat yang beragama Islam khususnya di Malaysia.

 3.1    GALAKKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN MUSLIM PERLU BERGIAT MENJADI PENJUAL PRODUK HALAL
         Tidak dinafikan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara kita adalah pesat.            
Dalam kepesatan ini terdapat pertumbuhan yang tidak seimbang antara industri yang dihalalkan dan diharamkan oleh Agama Islam. Umat Islam amat sensitif pada persoalan produk yang dimakan atau digunakan samada halal atau haram. Pada masa yang sama terdapat kumpulan usahawan yang menggunakan tanda halal dengan sesuka hati lalu mengaburi mata pengguna Muslim dan mengaut keuntungan darinya. .                                
                                                                                                                                               
  Pada masa yang sama, negara kita kaya dengan berbagai-bagai industri yang pada
lazimnya industri-industri yang ditegahkan oleh Agama Islam untuk orang-orang Melayu mengambil bahagian juga besar dan melebihi nilai industri makanan halal. Oleh yang demikian, adalah wajar jika satu industri yang boleh diterokai oleh orang Islam dikhaskan kepada orang Melayu dan Orang Islam. [3]
           
          Kawasan untuk mendirikan kilang untuk memproses makanan halal sudahpun disediakan oleh Kerajaan.  Pinjaman modal untuk pengusaha Melayu Islam memulakan industri memproses makanan halal disediakan.  Cara bayaran pinjaman dilonggarkan supaya pembayaran yang mula dibuat selepas kilang mengeluarkan hasil.  Agen-agen Kerajaan yang ada kaitan pasaran tempatan dan luar negara dikehendaki memberi bantuan mencari pasaran dan kepakaran seperti FAMA.  Ada juga agensi-agensi yang menjalankan penyelidikan untuk memberi tunjuk-ajar berkenaan cara memproses yang terbaru untuk mengurangkan kos pengeluaran seperti MARDI dan MPOB.  Cara bungkusan hendaklah dibuat untuk menarik pelanggan. Untuk mengembangkan industri makanan halal kepada usahawan Melayu galakan melalui ’pioneer status’ diberi kepada pengusaha yang dapat pasaran luar negara atas keuntungan yang mereka dapati daripada hasil ekspot. [4]
                                                                                                                                               
4.0    KESIMPULAN
Perniagaan makanan amat penting kerana makanan adalah asas dalam kehidupan. Bagi umat islam makanan adalah sumber yang penting untuk dimakan. Pemilihan makanan adalah amat dititikberatkan. Makanan halal sangat penting dan kini menjadi bertambah maju kerana bilangan orang Islam yang semakin ramai.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan perniagaan halal di Malaysia disamping itu dapat membantu usahawan bumiputera iaitu usahawan Melayu untuk menjadi bertambah maju. Diharapkan lebih ramai usahawan muslim menerokai perniagaan halal untuk membantu orang Islam dalam mendapatkan produk halal di dalam pasaran serta memperoleh pemakanan yang seimbang.

Ushawan Melayu juga perlu merebut peluang yang ada dengan mempelbagaikan produk halal selain perniagaan makanan. Perniagaan halal ini amat menarik minat pengguna untuk mencarinya kerana isu halal ini adalah isu yang sensitif bagi umat Islam.

Perniagaan halal ini juga dapat melebarkan sayap kearah yang lebih jauh iaitu di Negara-negara luar untuk mengembangkan perniagaan ini dan menjadi bertambah maju. Ini merupakan peluang  bagi usahawan muslim meningkatkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan agama Islam yang tercinta.



Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers