Sabtu, 6 Ogos 2011

Begitu Dia Menghormatiku...


Benarlah bagai dikata, 
tingginya darjat seorang lelaki diciptakan Allah selayak menjadi seorang pemimpin.. 
dikurniakan 9/10 akal berbanding nafsu yg cuma 1/10.. 
Dalam cinta yang penuh keasyikan.. seringkali iman tewas oleh nafsu.. dimana letaknya akal sbgai penimbang baik dan buruk?? ya Allah.. begitu aku terlalu lemah!! Bimbinglah aku dalam mencari redhaMu..
Begitu dia menghormatiku.. tidak sekali cuba disentuh.. namun, mampukah hati menahan gelodak nafsu?? Ya Allah.. bimbing kami dalam Mencari redhaMu..
Hati inginkan kesempurnaan dalam perhubungan.. inginkan kemanisan dalam setiap ingatan yang dicipta bersama, ingin kesucian dalam jalinan perasaan.. menujah rasa cinta.. membuai alun rindu..mendayu rintihan jiwa.. dalam jalin hubungan yg direstu keluarga namun masih dibelengu ketidaksahan dr Yang Esa.. 
Aku ingin redha itu...
Getar lagi iman ini dalam meniti titian hubungan.. mendayung perahu cinta dalam gelora lautan nafsu.. 
sungguh diri rasa hina dan malu pada Dia Sang Pencipta.. 
Ya Tuhan.. 
Teguhkan iman dihati kami...
Aku ingin rindu ini rehda untuknya..cinta ini berkat untuknya..sayang ini sah milikknya... 
namun bimbinglah aku Ya Allah.. Agar semua ini tidak melebihi dari cintaku padaMu.. 
kerana diri masih sedar bahawa semua ini hanya milikMu..
 sesengguhnya.. 
setiap rasa yang berdetak dalam diri ini adalah keranaMu.. kusedar nikmat yang Kau beri terlalu bnyak untukku.. maka Ya Allah.. jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.. 
Teguhkan ibadahku kepadaMu..
Sungguh aku bersyukur padaMu ya Allah.. kau anugerahkan rasa cinta ini kepadaku.. kau dugaku dengan cinta ini padanya.. Kau getarkan jiwa ini dengan ribuan rasa.. hambatan ujian yang menghimpit sanubari.. semoga hati ini masih berpegang pada taliMu.. tidak goyah dengan setiap cubaan yang Kau berikan ini.. 
Ya Allah.. 
payungkan kami dengan redhaMu.. satukan hati kami dengan iman padaMu.. sahkan hubungan antara kami dengan hubungan yang Engkau redhai.. sesungguhnya kami mendamba redhaMu.. semurni lumrah cinta anugerahMu kepada Adam dan Hawa.. sesungguhnya jodoh dan pertemuan yang Kau tentukan ini hikmahnya hanya Engkau Maha mengetahui.. dan hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu.. kuserahkan seluruhnya, hidup dan matiku hanya padaMu ya Allah.. 
amin ya robbal alamin.. (-.-)


-------->@
~mawar putih~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers