Sabtu, 9 Oktober 2010

AKU JADI BENCI PADA DIRI INI

hati dan perasaan terlalu payah untuk digambarkan.. kerana secalit kesilapan itu bisa mengharukan.. kebuntuan yang tidak terlafaz dalam perasaan..mengundang hiba dan duka.. aku kian lemas dalam mainan sebuah perasaan.. aku yakini ini ujian untuk setiap perasaan dalam sebuah perhubungan yang bernama percintaan.. tatkala hati galak melukis gerbang taman yang indah menghijau berhias bunga aneka warna, kilat dugaan menyambar pohonan yang rimbun menghijau. dan tatkala itu deraian hujan air mata menumpahkan isinya.. aku jadi benci pada diri sendiri.. dugaan yang datang kurasakan terlalu sering membuat terjahan pada diri ini.. mengapa ini sering menghambat hubungan kami.. dalam senyum hatiku hiba..dalam duka hatiku merana.. maafkan diri ini duhai insan bernama kekasih..apakan daya diri ini terlalu pantas melakukan kesilapan sehingga membuat dirimu kecewa.. aku juga tidak menduga sepantas itu hatimu terluka.. hanya kemaafan yang mampu kupinta untuk kesekian kalinya.. dakapan doaku dalam kepasrahan.. semoga sinaran mega kembali menceriakan laluan perjalanan dalam hubungan kita berduai.. desis hati seakan merangkak merayu agar kemaafan darimu menjadi penawar pada  jiwa suram ini.. aku terlalu perlu dirimu untuk sepanjang hayatku..sayangku..... maafkan aku... (,~_~,)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anniversary of Love

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers